Make your own free website on Tripod.com

Kuantiti Terbitan

 

  1. Kuantiti fizik yang bukan kuantiti asas dikenali sebagai kuantiti terbitan.

  2. Satu kuantiti terbitan boleh diungkapkan dalam sebutan kuanti-kuanti asas.

    Contoh:  

    Laju ialah kuantiti terbitan. Ungkapan yang menghubungkan laju kepada kuantiti-kuantiti panjang dan masa ialah;

                        Laju = jarak / masa  (jarak ialah panjang lintasan bergerak)

     

  3. Unit untuk kuantiti terbitan dikenali sebagai unit terbitan.

  4. Unit bagi suatu kuantiti terbitan boleh diterbitkan daripada ungkapan yang menghubungkan kuantiti terbitan itu dengan kuantiti-kuantiti asas.       

    Contoh unit bagi laju boleh diterbitkan daripada ungkapan

                    Laju  = jarak / masa 

       Unit bagi laju  = unit bagi jarak / unit bagi masa

                            = m / s

                            = m s-1  (Dibaca sebagai meter per saat)       

Contoh unit bagi daya boleh diterbitkan daripada ungkapan

                                     Daya  = Jisim Pecutan

                                     Unit bagi jisim = kg

                                     Unit bagi pecutan = m s-2

                      Maka unit bagi daya = (unit bagi jisim) (unit bagi pecutan)

                                               = kg m s-2

                      Unit bagi daya diberi nama Newton(N), maka

                                            N = kg m s-2

  1. Jadual 1.3 menunjukkan beberapa kuantiti terbitan, ungkapan yang menghubungkan kuantiti terbitan dengan kuantiti-kuantiti asas,dan unit terbitan.

     

    Kuantiti terbitan

    Ungkapan

    Unit terbitan

    Luas

    luas = panjang lebar

    m m = m2

    Isipadu

    isipadu = panjang lebar tinggi

    m m m = m3

    Ketumpatan

    ketumpatan = jisim isipadu

    kg m = kg m-1

    Laju

    laju = jarak masa

    m s = m s-1

    Halaju

    halaju = sesaran masa

    m s = m s-1

    Pecutan

    pecutan = perubahan halaju masa

    m s-1 s = m s-2

    Daya

    daya = jisim pecutan

    kg m s-2 = kg m s-2  atau newton (N)

    Momentum

    momentum = jisim halaju

    kg m s-1 = kg m s-1

    Tekanan

    tekanan = daya luas

    kg m s-2 m2 = kg m-1 s-2 atau pascal (Pa)

    Kerja atau Tenaga

    kerja = daya sesaran

    joule (J)

    Kuasa

    kuasa = kerja masa

    J s =J s-1 atau watt (W)

    Frekuensi

    frekuensi = 1 tempoh

    1 s = s-1  atau  hertz (Hz)

    Cas elektrik

    cas = arus masa

    As  atau  coulomb (C)

    Voltan

    voltan = tenaga arus

    J C = J C-1  atau volt (V) 

    Rintangan

    rintangan = voltan arus

    V A = V A -1 atau ohm (Ω)

    Impuls

    impuls = daya masa

    N s 

     

 

 

 

         
Tips Penting