Make your own free website on Tripod.com

Tips Penting
 

Bab 1 :Kuantiti Asas

 

  1. Fizik melibatkan pemerhatian yang teliti, termasuk pengkuran yang tepat.

  2. Kuantiti yang boleh diukur dikenali sebagai kuantiti fizik.

  3. Untuk mengukur sesuatu kuantiti fizik, satu saiz piawai yang dikenali sebagai unit digunakan untuk membandingkan saiz-saiz yang berlainan bagi kuantiti fizik yang sama.

  4. Contohnya, kilogram (kg) ialah unit untuk jisim. 1 kilogram ialah jisim satu bongkah logam tertentu yang disimpan di Biro Antarabangsa bagi Berat dan Sukatan di Suvres, Paris.

  5. Salinan bongkah ini disimpan di Jabatan Berat dan Sukatan setiap negara. Jisim yang lain kemudian dibandingkan dengan jisim piawai ini (kg) untuk menentukan jisimnya.

  6. Jika jisim suatu objek adalah 2 kg bermakna jisimnya adalah dua kali jisim bongkah piawai tersebut.

  7. Dalam Sistem Antarabangsa (SI), sistem penyukatan yang dipersetujui pada Persidangan Berat dan Ukuran di Paris 1960, lima kuantiti fizik dipersetujui sebagai kuantiti asas.

  8. Kuantiti asas ialah kuantiti fizik yang bukan gabungan dua atau lebih kuantiti fizik yang lain.

  9. Unit bagi kuantiti asas ini dikenali sebagai unit asas.

  10. Jadual 1.1 menunjukkan kuantiti asas, unit asas dan simbol bagi unit asasnya:

    Kuantiti asas

    Unit asas

    Simbol

     Panjang 

     meter

     m

     Jisim

     kilogram

     kg

     Masa

     saat

     s

     Suhu

     kelvin

     K

     Arus elektrik

     ampere

     A

                                Jadual 1.1: Lima kuantiti asas dan unit asas

     

  11. Unit-unit asas dalam SI ditetapkan seperti berikut:

           a.   1 meter: Jarak yang dilalui oleh                cahayadalam vakum dalam selang masa 1   299792458 saat

    b.   1 kilogram: Jisim satu bongkah silinder aloi platinum-iridium yang disimpan di Biro Antarabangsa bagi Berat dan Sukatan di Sevres, Paris.                          

                    c.   1 saat: Masa yang sama dengan 9192631770 kali tempoh sinaran yang  dikeluarkan oleh atom saesium-1.

    d.   1 kelvin: 1 273.16 suhu termodinamik takat tigaan air (takat ais, air dan stim berada dalam keseimbangan pada tekanan tertentu).

    e.   1 ampere: 1 ampere ialah arus mantap yang mengalir dalam dua konduktor selari yang panjangnya tak terhingga, luas keratan rentas boleh diabaikan dan dipisahkan sejauh 1 meter dalam vakum yang menghasilkan daya sebanyak  2 107 newton per meter di antara konduktor-konduktor itu.

     

  12.  Menurut peraturan lazim, unit daripada nama ahli sains seperti Kelvin dan Ampere apabila diejakan sepenuhnya, ditulis dalam huruf kecil, umpamanya kelvin dan ampere. Simbol berhuruf besar digunakan untuk unit  -   unit ini umpamanya K dan A.